PERISAI
Melambangkan semangat dan kerjasama diantara guru dan murid dalam menangkis gejala-gejala tidak sihat dengan menjadukan ilmu sebagai benteng wajidiri dan jatidiri.
BUKU
Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaanhidup didunia dan diakhirat.
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA
Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk mengejar kecemerlangan ICT dan bersaing dalam arus perdana dalam era ledakan maklumat globalisasi.
RIBEN
Melambangkan keceriaan. Didalamnya terkandung nama sekolah menunjukkan usaha gigih yang dicapai oleh sekolah sebagai institusi pendidikan yang ceria, kondusif dan selamat.
WARNA KUNING EMAS
Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan.
WARNA BIRU
Menunjukkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan.
WARNA JINGGA
Melambangkan warna kelapa sawit sebagai sumber ekonomi yang utama di kawasan Felda Neram dan juga wilayah KETENGAH.
WARNA PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan sebagai entiti kecemerlangan pendidikan.