Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

BARISAN WARGA PENDIDIK SMK FELDA NERAM 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Barisan warga pendidik yang menabur bakti di SMK Felda Neram, Kemaman, Terengganu. Semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan kepada semua guru-guru dan pelajar agar menjadi insan yang bertakqwa kepadaNya. TENSES terus GEMILANG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 1 Ogos 2013, bertempat di Dewan SMK Felda Neram telah diadakan satu program berbentuk kerohanian iaitu Majlis Khatam Al-Quran 2013 bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan lafas mulia bismillahirahmanirahim. Kemudian soalan kuiz mengenai bulan ramadhan diberikan kepada pelajar SMKFN. Bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan mendapat saguhati sumbangan daripada pihak sekolah SMKFN. Majlis diteruskan dengan ucapan dan kata alu-aluan daripada Tuan Pengetua, En. Ahmad in Awang. Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai Ustaz Nor Azmi Sulaiman turut disertai semua pihak pentadbir, guru-guru lelaki dan 6 orang pelajar telah mengalunkan beberapa bacaan ayat Al-Quran. Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran tersebut, acara bersalaman dan pemberian duit raya sumbangan daripada semua guru-guru SMK Felda Neram telah diadakan. Dikesempatan ini, admin dan semua guru-guru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zah

MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 29 Julai 2013, Panatia Geografi dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SMK Felda Neram telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan yang diadakan di Surau SMK Felda Neram. Program tahunan tersebut dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Tuan Pengetua, En. Ahmad Awang, Yang Di Pertua PIBG, En. Aziz Ibrahim, Timbalan Yang Di Pertua PIBG, En. Ismail Omar dan guru-guru serta pelajar. Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang dimulai dengan zikir dan tazkirah daripada Ustaz Nor Azmi Sulaiman. Semua tetamu berbuka puasa dengan jamuan ringan seperti kurma dan kuih muih sebelum sembahyang magrib berjemaah. Selepas sembahyang Magrib, semua tetamu menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Program diteruskan dengan sembahyang terawih dan witir berjemaah sehingga majlis tamat jam 10.00 malam. Jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar yang terlibat.  Semoga TENSES terus GEMILANG...! Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari  https