Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

MAJLIS PERPISAHAN PK KO

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 14 Januari 2016, telah diadakan Majlis Perpisahan PK KO, Ustaz Ab Manaf Bin Daud di Dewan SMKFN. Majlis yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Latifah Binti Abdul Razak yang mewakili pengetua. Jutaan terima kasih kepada ustaz Manaf yang telah menabur bakti di TENSES selama 10 tahun. Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan ustaz selama ini tidak mampu dibalas kami. Dengan rendah diri, kami warga TENSES memo hon jutaan kemaafan kepada ustaz andai kata terlanjur bahasa dan tingkah laku. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua dengan payung rahmatNya. Allahuma aamiin UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Dengan sukacitanya dimaklumkan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-14 Peringkat Sekolah dilansungkan dengan jayanya. Unit Sukan TENSES mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar rumah sukan yang telah memberi kerjasama amat baik bagi memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada rumah Pahlawan (Hijau) yang merupakan johan keseluruhan dengan pungutan mata 282 mata. Tahniah juga diucapkan rumah Perwira (Biru) ditangga kedua dengan pungutan mata 257 mata, rumah Pejuang (Kuning) ditangga ketiga dengan 239 mata dan diikuti rumah Patriot (Merah) dengan 152 mata. Semoga sukan TENSES terus gemilang UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]

LATIHAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Warga TENSES. Unit Sukan TENSES dibawah kelolaan Cikgu Kamaruzaman Bin Abdullah telah menjalankan aktiviti kesihatan fizikal, latihan merentas desa 2016 peringkat sekolah. Latihan yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut bermula pada 12 - 13 Januari 2016 merupakan persediaan bagi menghadapi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016 pada 14 Januari 2016. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar dengan kehadiran 98% kehadiran latihan. Semoga TENSES terus cemerlang UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link   http://telegram.me/smkfeldaneram   [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]