Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Unit Pengawas SMK Felda Neram dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kauseling telah mengadakan Kem Pengawas bagi sesi 2013. Kem tersebut berlangsung pada 30 Ogos hingga 1 September 2012 bertempat di SMK Felda Neram. Seramai 61 peserta bakal-bakal pengawas tahun 2013 diberi pendedahan kaedah yang proaktif dalam kepimpinan pengawas di sekolah. Jutaan terima kasih kepada fasilitator yang diundang khas dari Selangor dan Negeri Sembilan sepanjang memberi panduan kepada bakal-bakal pengawas. Semoga Pengawas SMK Felda Neram terus GEMILANG!!!

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 30 Ogos 2012, pihak SMK Felda Neram telah mengadakan 2 program secara serentak iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikenali sebagai Sambutan MerdekaRaya 2012. Program yang meriah dimulakan dengan bacaan yassin dan doa bagi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Selepas bacaan yassin, program diteruskan ucapan daripada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mazlan Ahmad dan diikuti majlis perasmian program oleh Yang Dipertua PIBG SMKFN Tuan Haji Che Ali. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar yang sangat meriah dan diikuti nyanyian bersama lagu-lagu patriotik. Sambutan Kemerdekaan tamat kira-kira jam 11.30 pagi dan semua warga SMK Felda Neram berkumpul di kantin sekolah bagi acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Secara keseluruhan, majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya dan amat meriah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga TENSES terus GEM

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 15 Ogos 2012, SMK Felda Neram telah menjalankan satu program berbentuk kerohanian iaitu Majlis Khatam Al-Quran 2012 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan SMKFN. Majlis Khatam yang diketuai Ustaz Nor Azmi Sulaiman berserta 7 orang pelajar telah mengalunkan beberapa bacaan surah dan disambut oleh para guru dan pelajar SMKFN. Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran tersebut, acara bersalaman dan pemberian duit raya sumbangan daripada guru-guru SMK Felda Neram telah diadakan.

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Pada 1 Ogos 2012, SMK Felda Neram telah menganjurkan satu program Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 tahun Malaysia iaitu Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Ilmu. Antara aktiviti yang dijalankan sempena majlis pelancaran tersebut ialah Penyerahan Bendera Malaysia Untuk Kempen, Persembahan Deklamasi Sajak, Persembahan Berirama 5 ALKH dan Nyanyian Lagu Jalur Gemilang. Majlis pelancaran Kempen Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh En. Haris Bin Jusoh GPK 1 yang mewakili Pengetua, Tuan Haji Mazlan Bin Ahmad.

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SMKFN 2012

Kejohanan Padang & Balapan 2012 SMK Felda Neram telah berjalan dengan lancar dan meriahnya pada 17 hingga 19 julai 2012 bertempat di Padang SMKFN. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan SMKFN yang bertungkus lumus memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar. Semoga usaha guru-guru diberkati Allah S.W.T. Banyak acara telah dipertandingkan seperti merejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, 100 meter, 200 meter, 1500 meter, 4 x 400 meter dan lain-lain. Kesungguhan dan disiplin kerja yang tinggi telah ditunjukkan oleh guru-guru dan para pelajar sepanjang kejohanan berlangsung terutamanya sepanjang menghias rumah sukan masing-masing sehingga ke larut malam. Tahniah diucapkan diatas komitmen yang ditunjukkan. Tahniah juga kepada pasukan rumah PAHLAWAN yang mendapat johan keseluruhan dan diikuti rumah PATRIOT ditempat kedua, PEJUANG ditempat ketiga dan PERWIRA ditempat keempat.

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP SMKFN 2012

Majlis Pemimpin Pengakap [MPP] SMK Felda Neram telah mengadakan Kejohanan Futsal Padang Tertutup SMKFN buat kali pertama dengan jayanya. Kejohanan tersebut diadakan pada 12-13 Julai 2012 di Padang SMKFN. Sebanyak 10 pasukan berentap merebut tempat pertama yang mana diadakan secara liga. Tahniah kepada Pasukan X Dok Skill dibawah pengurus Ustaz Abdul Manaf Daud yang menjadi johan mengalahkan Pasukan Loudness dibawah pengurus Cikgu Mohd Ruzaman Mat Husain. Manakala ditempat ketiga adalah pasukan Kaki Belit dibawah pengurus Cikgu Wan Sukhairi Wan Omar. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang berdisipin dan menepati semua peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh kejohanan.