Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

MEMACU KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2012

APLIKASI WEB : PREZi

Prezi.com Prezi merupakan aplikasi persembahan berasaskan web yang menggunakan  layout  peta dan  zooming .  Prezi  digunakan untuk menghasilkan slide presentation secara atas talian. menggunakan Prezi sama seperti menggunakan power point tetapi beza antara Prezi dan power point disini adalah Prezi digunakan secara  online manakala power point secara offline. Namun begitu, slide presentation yang dihasilkan pada Prezi boleh dipersembahakan ke bentuk offline dimana ia perlu dieksport kebentuk portable terlebih dahulu.  Prezi mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dan canggih. Persembahan Prezi bukannya melalui slaid tetapi ianya dibina melalui kanvas. Melalui Prezi, ia bagaikan memberi nafas baru kepada persembahan dimana ia mengintegrasikan pelbagai efek dan animasi, serta menyokong fungsi  zoom  yang ada padanya. Ianya membolehkan sesuatu persembahan menjadi lebih menarik dan mendapat tumpuan ramai.  Prezi juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengeksplorasi dan berkongsi idea

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2012 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

Majlis Pemimpin Pengakap [MPP] SMK Felda Neram telah menghantar pasukan kawad kaki di Pertandingan Kawad Kaki 2012 Peringkat Sekolah Daerah Kemaman. Pertandingan yang berlangsung di SMK Sultan Ismail berjalan dengan lancar pada 28 April 2012. Tahniah kepada pasukan Pengakap SMK Felda Neram yang mendapat Naib Johan Kategori NGO Lelaki Sekolah Menengah.

KARNIVAL AKADEMIK SMKFN 2012

Jawatankuasa Kurikulum SMK Felda Neram telah menjalankan satu program Karnival Akademik 2012 Sempena Sambutan 10 Tahun SMK Felda Neram. Program berkenaan berjalan dengan lancar dan bermula pada 22 - 26 April 2012 bertempat di SMK Felda Neram. Banyak aktiviti-aktiviti menarik dijalankan sepanjang minggu berkenaan seperti pameran, jualan gerai, jualan buku, seminar, ceramah, pengurusan jenazah dan banyak lagi.

SAHSIAH DAN KEPENGAKAPAN 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON 3 KEMAMAN

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon 3 Kemaman telah berlangsung dengan jayanya di SMK Seri Cheneh, Kemaman pada 3 April 2012. SMK Felda Neram telah menghantar peserta tilawah, hafazan, syarahan dan nasyid dimana SMK Felda Neram mendapat salah satu tempat dalam penyertaan tilawah dan syarahan.

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD KEMAMAN 2012

SMK Felda Neram telah menghantar seramai 22 orang pelajar bagi menghadapi Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Kemaman. Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu pada 19 hingga 22 Mac 2012.