Bendera SMKFN terbina daripada tiga jalur tegak memanjang yang mengandungi warna utama iaitu Biru, Jingga dan Kuning. Di tengah-tengah bendera tersebut tertera singkatan SMKFN. Huraian bagi ketiga-tiga warna bendera sekolah adalah seperti berikut :
BIRU : Melambangkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti.
JINGGA : Melambangkan lokasi sekolah iaitu kawasan FELDA dan KETENGAH yang terkenal dengan ladang kelapa sawit sebagai sumber ekonomi utama
KUNING EMAS : Melambangkan kualiti yang ingin dicapai oleh sekolah dengan penggemblengan usaha mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang
AKRONIM SMKFN : Kata singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram. Kedudukannya di tengah-tengah bendera menjadi fokus utama sebagai pusat kecemerlangan dan tanggungjawab warga sekolah menjaga maruah dan nama baik sekolah