Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SMKFN 2012

Kejohanan Padang & Balapan 2012 SMK Felda Neram telah berjalan dengan lancar dan meriahnya pada 17 hingga 19 julai 2012 bertempat di Padang SMKFN. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan SMKFN yang bertungkus lumus memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar. Semoga usaha guru-guru diberkati Allah S.W.T. Banyak acara telah dipertandingkan seperti merejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, 100 meter, 200 meter, 1500 meter, 4 x 400 meter dan lain-lain. Kesungguhan dan disiplin kerja yang tinggi telah ditunjukkan oleh guru-guru dan para pelajar sepanjang kejohanan berlangsung terutamanya sepanjang menghias rumah sukan masing-masing sehingga ke larut malam. Tahniah diucapkan diatas komitmen yang ditunjukkan. Tahniah juga kepada pasukan rumah PAHLAWAN yang mendapat johan keseluruhan dan diikuti rumah PATRIOT ditempat kedua, PEJUANG ditempat ketiga dan PERWIRA ditempat keempat.

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP SMKFN 2012

Majlis Pemimpin Pengakap [MPP] SMK Felda Neram telah mengadakan Kejohanan Futsal Padang Tertutup SMKFN buat kali pertama dengan jayanya. Kejohanan tersebut diadakan pada 12-13 Julai 2012 di Padang SMKFN. Sebanyak 10 pasukan berentap merebut tempat pertama yang mana diadakan secara liga. Tahniah kepada Pasukan X Dok Skill dibawah pengurus Ustaz Abdul Manaf Daud yang menjadi johan mengalahkan Pasukan Loudness dibawah pengurus Cikgu Mohd Ruzaman Mat Husain. Manakala ditempat ketiga adalah pasukan Kaki Belit dibawah pengurus Cikgu Wan Sukhairi Wan Omar. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang berdisipin dan menepati semua peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh kejohanan.

KEM SOLAT TINGKATAN 1 SMKFN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Panatia Pendidikan Islam SMKFN telah berjaya menjalankan satu program yang dikenali sebagai Kem Solat Tingkatan Satu yang diadakan di Surau SMKFN pada 12 Julai 2012. Kem yang diketuai oleh Ustaz Mohd Kifli Yassin dan dibantu oleh Ustaz Nor Azmi Sulaiman, Cikgu Azmi Mohamad Daud, Cikgu Wan Sukhairi Wan Omar, Cikgu Ghaffa Hamzah. Kem tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Haji Mazlan Bin Ahmad.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN SMKFN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pelajar- pelajar SMKFN menjadi sebahagian daripada 3.6 juta murid seluruh negara menyertai senamrobik 1Murid 1 Sukan pada 10 Julai 2012. Aktiviti tersebut bermula tepat jam 8.00 pagi di Dataran Ilmu SMKFN turut disertai para guru yang bersemangat bersenam mengikut rentak muzik. Selepas senaman dan rehat, warga SMKFN telah menjalankan gotong royong perdana membersihkan kawasan sekolah termasuk mengecat dan mengemas kawasan sekitar sekolah bagi menambahkan keceriaan di sekolah.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!

SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 24-28 Jun 2012, Unit Koperasi SMK Felda Neram telah berjaya mengadakan minggu koperasi yang dikenali sebagai Sambutan Hari Koperasi Peringkat SMK Felda Neram 2012. Sambutan yang bertemakan Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, car wash, pertandingan mewarna, pertandingan futsal dan jualan.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!