Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

LARIAN MERENTAS DESA 2012

Larian Merentas Desa Peringkat SMKFN telah berlangsung pada 26 jan 2012. Gambar yang menarik boleh anda 'dapati' di facebook......SMK Felda Neram (TEA2030) SELAMAT MENONTON...

LATIHAN MERENTAS DESA YANG MERIAH

Pada jam 3.00 petang hari selasa 17 jan 2012, telah diadakan latihan merentas desa bagi pelajar-pelajar SMK Felda Neram. Latihan ini telah mendapat sambutan hangat dari seluruh warga SMKFN. Peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang sejati, dengan tidak menghiraukan hujan yang turun dengan agak lebat.

SEJARAH SMKFN

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22

LENCANA SEKOLAH

PERISAI Melambangkan semangat dan kerjasama diantara guru dan murid dalam menangkis gejala-gejala tidak sihat dengan menjadukan ilmu sebagai benteng wajidiri dan jatidiri. BUKU  Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaanhidup didunia dan diakhirat. KORIDOR RAYA MULTIMEDIA Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk mengejar kecemerlangan ICT dan bersaing dalam arus perdana dalam era ledakan maklumat globalisasi. RIBEN Melambangkan keceriaan. Didalamnya terkandung nama sekolah menunjukkan usaha gigih yang dicapai oleh sekolah sebagai institusi pendidikan yang ceria, kondusif dan selamat. WARNA KUNING EMAS Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan. WARNA BIRU Menunjukkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan. WARNA JINGGA Melambangkan warna k

LAGU RASMI SEKOLAH

ILMU BUDI DAN JASA Ilmu Budi dan Jasa Slogan yang utama SMK Felda Neram Menjadi Kebanggan Belajar jadi amalan  Menuju kecemerlangan Berdisplin berketrampilan Menjayakan Wawasan (chorus) Marilah semua Manabur jasa Kepada Agama, Bangsa dan Negara Mencapai keredhaan-Nya Ciptaan Lirik & Lagu : ABDUL RAHMAN HUSIN

BENDERA SEKOLAH

Bendera SMKFN terbina daripada tiga jalur tegak memanjang yang mengandungi warna utama iaitu Biru, Jingga dan Kuning. Di tengah-tengah bendera tersebut tertera singkatan SMKFN. Huraian bagi ketiga-tiga warna bendera sekolah adalah seperti berikut : BIRU : Melambangkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti. JINGGA : Melambangkan lokasi sekolah iaitu kawasan FELDA dan KETENGAH yang terkenal dengan     ladang kelapa sawit sebagai sumber ekonomi utama KUNING EMAS : Melambangkan kualiti yang ingin dicapai oleh sekolah dengan penggemblengan usaha mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang AKRONIM SMKFN : Kata singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram. Kedudukannya di tengah-tengah bendera menjadi fokus utama sebagai pusat kecemerlangan dan tanggungjawab warga sekolah menjaga maruah dan nama baik sekolah