Skip to main content

LARIAN MERENTAS DESA 2012

Larian Merentas Desa Peringkat SMKFN telah berlangsung pada 26 jan 2012. Gambar yang menarik boleh anda 'dapati' di facebook......SMK Felda Neram (TEA2030) SELAMAT MENONTON...

Popular posts from this blog

SEJARAH SMKFN

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22

Majlis Sambutan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 8 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad, warga TENSES bertuah didatangi Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir. Kedatangan tuan berdua bagi menyambut kehadiran Pengetua, Pn. Wan Naaimah Binti Wan Zainal Abidin yang baru dilantik menjadi pengetua di SMK Felda Neram. Ucapan tahniah dan gembira daripada pihak TENSES dengan kehadiran Puan Pengetua. Semoga memberi kekuatan kepada semua warga TENSES bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]

LENCANA SEKOLAH

PERISAI Melambangkan semangat dan kerjasama diantara guru dan murid dalam menangkis gejala-gejala tidak sihat dengan menjadukan ilmu sebagai benteng wajidiri dan jatidiri. BUKU  Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaanhidup didunia dan diakhirat. KORIDOR RAYA MULTIMEDIA Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk mengejar kecemerlangan ICT dan bersaing dalam arus perdana dalam era ledakan maklumat globalisasi. RIBEN Melambangkan keceriaan. Didalamnya terkandung nama sekolah menunjukkan usaha gigih yang dicapai oleh sekolah sebagai institusi pendidikan yang ceria, kondusif dan selamat. WARNA KUNING EMAS Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan. WARNA BIRU Menunjukkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan. WARNA JINGGA Melambangkan warna k