Skip to main content

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD KEMAMAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kontigen SMK Felda Neram telah dihantar bagi menyahut cabaran di temasya Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Kemaman. Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Sultan Ismail, Kemaman pada 17 hingga 20 Mac 2013 telah menyaksikan kontigen SMK Felda Neram mendapat 2 Emas, 1 Perak dan 6 Gangga. Pencapaian tersebut merupakan pencapaian yang terbaik sepanjang 5 tahun. Tahniah kepada semua pelajar yang bersungguh-sungguh sepanjang menjalani latihan sehingga ke kejohanan. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan SMK Felda Neram mendapat pingat. Semoga TENSES terus GEMILANG!

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari 








Popular posts from this blog

Majlis Sambutan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 8 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad, warga TENSES bertuah didatangi Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir. Kedatangan tuan berdua bagi menyambut kehadiran Pengetua, Pn. Wan Naaimah Binti Wan Zainal Abidin yang baru dilantik menjadi pengetua di SMK Felda Neram. Ucapan tahniah dan gembira daripada pihak TENSES dengan kehadiran Puan Pengetua. Semoga memberi kekuatan kepada semua warga TENSES bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum.

UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]



















KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Dengan sukacitanya dimaklumkan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-14 Peringkat Sekolah dilansungkan dengan jayanya. Unit Sukan TENSES mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar rumah sukan yang telah memberi kerjasama amat baik bagi memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada rumah Pahlawan (Hijau) yang merupakan johan keseluruhan dengan pungutan mata 282 mata. Tahniah juga diucapkan rumah Perwira (Biru) ditangga kedua dengan pungutan mata 257 mata, rumah Pejuang (Kuning) ditangga ketiga dengan 239 mata dan diikuti rumah Patriot (Merah) dengan 152 mata. Semoga sukan TENSES terus gemilang
UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]























LATIHAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Warga TENSES. Unit Sukan TENSES dibawah kelolaan Cikgu Kamaruzaman Bin Abdullah telah menjalankan aktiviti kesihatan fizikal, latihan merentas desa 2016 peringkat sekolah. Latihan yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut bermula pada 12 - 13 Januari 2016 merupakan persediaan bagi menghadapi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016 pada 14 Januari 2016. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar dengan kehadiran 98% kehadiran latihan. Semoga TENSES terus cemerlang UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui linkhttp://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]