Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

BARISAN WARGA PENDIDIK SMK FELDA NERAM 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Barisan warga pendidik yang menabur bakti di SMK Felda Neram, Kemaman, Terengganu. Semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan kepada semua guru-guru dan pelajar agar menjadi insan yang bertakqwa kepadaNya. TENSES terus GEMILANG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 1 Ogos 2013, bertempat di Dewan SMK Felda Neram telah diadakan satu program berbentuk kerohanian iaitu Majlis Khatam Al-Quran 2013 bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan lafas mulia bismillahirahmanirahim. Kemudian soalan kuiz mengenai bulan ramadhan diberikan kepada pelajar SMKFN. Bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan mendapat saguhati sumbangan daripada pihak sekolah SMKFN. Majlis diteruskan dengan ucapan dan kata alu-aluan daripada Tuan Pengetua, En. Ahmad in Awang. Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai Ustaz Nor Azmi Sulaiman turut disertai semua pihak pentadbir, guru-guru lelaki dan 6 orang pelajar telah mengalunkan beberapa bacaan ayat Al-Quran. Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran tersebut, acara bersalaman dan pemberian duit raya sumbangan daripada semua guru-guru SMK Felda Neram telah diadakan. Dikesempatan ini, admin dan semua guru-guru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zah

MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 29 Julai 2013, Panatia Geografi dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SMK Felda Neram telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan yang diadakan di Surau SMK Felda Neram. Program tahunan tersebut dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Tuan Pengetua, En. Ahmad Awang, Yang Di Pertua PIBG, En. Aziz Ibrahim, Timbalan Yang Di Pertua PIBG, En. Ismail Omar dan guru-guru serta pelajar. Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang dimulai dengan zikir dan tazkirah daripada Ustaz Nor Azmi Sulaiman. Semua tetamu berbuka puasa dengan jamuan ringan seperti kurma dan kuih muih sebelum sembahyang magrib berjemaah. Selepas sembahyang Magrib, semua tetamu menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Program diteruskan dengan sembahyang terawih dan witir berjemaah sehingga majlis tamat jam 10.00 malam. Jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar yang terlibat.  Semoga TENSES terus GEMILANG...! Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari  https

PEMANDANGAN TENSES

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Admin ingin berkongsi pemandangan TENSES dari pandangan atas yang diambil dari google map. Begitu indah dan cantik struktur bangunannya. Dikelilingi ladang sawit yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Felda Neram 1. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati warga TENSES. Dikurniakan kemuliaan, darjat dan kejayaan yang tinggi kepada kami. Amin

SALAM RAMADHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Admin dan seluruh warga pendidik SMK Felda Neram mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ini lebih sempurna dan dikurniakan Allah S.W.T  kerahmatan kepada kita semua, warga SMKFN. Semoga TENSES terus GEMILANG! Ya Allah.. Perkayalah Kami ini dengan keilmuan, Hiasi hati kami dengan kesabaran, Muliakan wajah kami dengan ketaqwaan, Perindalah fisik kami dengan kesihatan, Serta terimalah amal ibadah kami dengan kelipat gandaan, Kerana hanya Engkau Dzat penguasa semua alam, Marhaban Ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD KEMAMAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kontigen SMK Felda Neram telah dihantar bagi menyahut cabaran di temasya Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Kemaman. Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Sultan Ismail, Kemaman pada 17 hingga 20 Mac 2013 telah menyaksikan kontigen SMK Felda Neram mendapat 2 Emas, 1 Perak dan 6 Gangga. Pencapaian tersebut merupakan pencapaian yang terbaik sepanjang 5 tahun. Tahniah kepada semua pelajar yang bersungguh-sungguh sepanjang menjalani latihan sehingga ke kejohanan. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan SMK Felda Neram mendapat pingat. Semoga TENSES terus GEMILANG! Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.564063316957974.1073741830.298949840135991&type=1