Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 14 Januari
2016, telah diadakan Majlis Perpisahan PK KO, Ustaz Ab Manaf Bin Daud di
Dewan SMKFN. Majlis yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Latifah Binti Abdul Razak yang mewakili pengetua. Jutaan terima
kasih kepada ustaz Manaf yang telah menabur bakti di TENSES selama 10
tahun. Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan ustaz selama ini tidak mampu
dibalas kami. Dengan rendah diri, kami warga TENSES memohon
jutaan kemaafan kepada ustaz andai kata terlanjur bahasa dan tingkah
laku. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua dengan payung
rahmatNya. Allahuma aamiin
UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK
Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]