Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Dengan sukacitanya
dimaklumkan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-14 Peringkat Sekolah
dilansungkan dengan jayanya. Unit Sukan TENSES mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua guru dan pelajar rumah sukan yang telah memberi
kerjasama amat baik bagi memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar.
Tahniah diucapkan kepada rumah Pahlawan (Hijau) yang merupakan johan
keseluruhan dengan pungutan mata 282 mata. Tahniah juga diucapkan
rumah Perwira (Biru) ditangga kedua dengan pungutan mata 257 mata,
rumah Pejuang (Kuning) ditangga ketiga dengan 239 mata dan diikuti rumah
Patriot (Merah) dengan 152 mata. Semoga sukan TENSES terus gemilang
UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK
Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]
[UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]