Skip to main content

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 1 Ogos 2013, bertempat di Dewan SMK Felda Neram telah diadakan satu program berbentuk kerohanian iaitu Majlis Khatam Al-Quran 2013 bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan lafas mulia bismillahirahmanirahim. Kemudian soalan kuiz mengenai bulan ramadhan diberikan kepada pelajar SMKFN. Bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan mendapat saguhati sumbangan daripada pihak sekolah SMKFN. Majlis diteruskan dengan ucapan dan kata alu-aluan daripada Tuan Pengetua, En. Ahmad in Awang. Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai Ustaz Nor Azmi Sulaiman turut disertai semua pihak pentadbir, guru-guru lelaki dan 6 orang pelajar telah mengalunkan beberapa bacaan ayat Al-Quran. Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran tersebut, acara bersalaman dan pemberian duit raya sumbangan daripada semua guru-guru SMK Felda Neram telah diadakan. Dikesempatan ini, admin dan semua guru-guru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SMK Felda Neram. 

Semoga TENSES terus GEMILANG...!

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari 












Popular posts from this blog

SEJARAH SMKFN

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22

Majlis Sambutan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 8 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad, warga TENSES bertuah didatangi Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir. Kedatangan tuan berdua bagi menyambut kehadiran Pengetua, Pn. Wan Naaimah Binti Wan Zainal Abidin yang baru dilantik menjadi pengetua di SMK Felda Neram. Ucapan tahniah dan gembira daripada pihak TENSES dengan kehadiran Puan Pengetua. Semoga memberi kekuatan kepada semua warga TENSES bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]

LENCANA SEKOLAH

PERISAI Melambangkan semangat dan kerjasama diantara guru dan murid dalam menangkis gejala-gejala tidak sihat dengan menjadukan ilmu sebagai benteng wajidiri dan jatidiri. BUKU  Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaanhidup didunia dan diakhirat. KORIDOR RAYA MULTIMEDIA Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk mengejar kecemerlangan ICT dan bersaing dalam arus perdana dalam era ledakan maklumat globalisasi. RIBEN Melambangkan keceriaan. Didalamnya terkandung nama sekolah menunjukkan usaha gigih yang dicapai oleh sekolah sebagai institusi pendidikan yang ceria, kondusif dan selamat. WARNA KUNING EMAS Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan. WARNA BIRU Menunjukkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan. WARNA JINGGA Melambangkan warna k