SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELDA NERAM       SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELDA NERAM       SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK FELDA NERAM

Friday, 2 August 2013

MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 29 Julai 2013, Panatia Geografi dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SMK Felda Neram telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan yang diadakan di Surau SMK Felda Neram. Program tahunan tersebut dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Tuan Pengetua, En. Ahmad Awang, Yang Di Pertua PIBG, En. Aziz Ibrahim, Timbalan Yang Di Pertua PIBG, En. Ismail Omar dan guru-guru serta pelajar. Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang dimulai dengan zikir dan tazkirah daripada Ustaz Nor Azmi Sulaiman. Semua tetamu berbuka puasa dengan jamuan ringan seperti kurma dan kuih muih sebelum sembahyang magrib berjemaah. Selepas sembahyang Magrib, semua tetamu menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Program diteruskan dengan sembahyang terawih dan witir berjemaah sehingga majlis tamat jam 10.00 malam. Jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar yang terlibat. 

Semoga TENSES terus GEMILANG...!

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari