Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Admin ingin berkongsi pemandangan TENSES dari pandangan atas yang diambil dari google map. Begitu indah dan cantik struktur bangunannya. Dikelilingi ladang sawit yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Felda Neram 1. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati warga TENSES. Dikurniakan kemuliaan, darjat dan kejayaan yang tinggi kepada kami. Amin
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 8 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad, warga TENSES bertuah didatangi Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir. Kedatangan tuan berdua bagi menyambut kehadiran Pengetua, Pn. Wan Naaimah Binti Wan Zainal Abidin yang baru dilantik menjadi pengetua di SMK Felda Neram. Ucapan tahniah dan gembira daripada pihak TENSES dengan kehadiran Puan Pengetua. Semoga memberi kekuatan kepada semua warga TENSES bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]
