Unit Keceriaan SMK Felda Neram 2012 telah menjalankan satu langkah yang proaktif bagi memastikan tahap keceriaan kelas di SMK Felda Neram dalam keadaan baik. Unit yang diketuai Cikgu Zurina Ghazali serta dibantu oleh Cikgu Muhammad Rasyidi Sidek dan Cikgu Muhammad Taqiyuddin Ahmad telah melakukan lawatan dari kelas ke kelas pada 13 Jun 2012 untuk memastikan segala panduan keceriaan yang telah digariskan dipatuhi oleh semua kelas. Unit ini bergerak diatas arahan GPK HEM, Pn. Ramlah Ahmad telah berpuas hati dengan beberapa kelas yang mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan masih banyak kelas lagi yang harus memperbaiki kelemahan kelas masing-masing. Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22