Pihak pengurusan dan warga guru SMK Felda Neram telah mengadakan jamuan perpisahan Ustaz Hassan Mohd Nor dan Cikgu Suriati Muda pada 14 Jun 2012 di Bilik Guru SMKFN. Jamuan perpisahan tersebut sempena menghargai sumbangan kedua-dua guru berkenaan yang akan menabur bakti di SMK Cheneh Baru. Kami semua warga SMKFN mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hassan dan Cikgu Suriati sepanjang menabur bakti di SMKFN. Semoga Ustaz Hassan dan Cikgu Suriati sentiasa mendapat keredaanNya selalu amin. Doakan juga buat kami seluruhnya warga SMKFN untuk terus mendapat rahmat daripadaNya. Terima kasih CIKGU...!!!
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22