Skip to main content

Posts

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA SMKFN 2012

Pada 24 Jun 2012, pihak pengurusan SMK Felda Neram telah berjaya mengadakan pertemuan bersama guru, ibu bapa dan pelajar. Pertemuan tersebut yang diadakan dengan bertujuan mengeratkan hubungan diantara ibu bapa pelajar dengan pihak sekolah selain mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan beberapa perkara melibatkan para pelajar.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!

KECERIAAN KELAS 2012

Unit Keceriaan SMK Felda Neram 2012 telah menjalankan satu langkah yang proaktif bagi memastikan tahap keceriaan kelas di SMK Felda Neram dalam keadaan baik. Unit yang diketuai Cikgu Zurina Ghazali serta dibantu oleh Cikgu Muhammad Rasyidi Sidek dan Cikgu Muhammad Taqiyuddin Ahmad telah melakukan lawatan dari kelas ke kelas pada 13 Jun 2012 untuk memastikan segala panduan keceriaan yang telah digariskan dipatuhi oleh semua kelas. Unit ini bergerak diatas arahan GPK HEM, Pn. Ramlah Ahmad telah berpuas hati dengan beberapa kelas yang mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan masih banyak kelas lagi yang harus memperbaiki kelemahan kelas masing-masing.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!! !

JAMUAN PERPISAHAN USTAZ HASSAN DAN CIKGU SURIATI

Pihak pengurusan dan warga guru SMK Felda Neram telah mengadakan jamuan perpisahan Ustaz Hassan Mohd Nor dan Cikgu Suriati Muda pada 14 Jun 2012 di Bilik Guru SMKFN. Jamuan perpisahan tersebut sempena menghargai sumbangan kedua-dua guru berkenaan yang akan menabur bakti di SMK Cheneh Baru. Kami semua warga SMKFN mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hassan dan Cikgu Suriati sepanjang menabur bakti di SMKFN. Semoga Ustaz Hassan dan Cikgu Suriati sentiasa mendapat keredaanNya selalu amin. Doakan juga buat kami seluruhnya warga SMKFN untuk terus mendapat rahmat daripadaNya. Terima kasih CIKGU...!!!

SAMBUTAN HARI GURU SMKFN 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 berlangsung dengan jaya dan meriahnya pada 16 Mei 2012. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang memberi komitmen baik sepanjang majlis bagi memastikan program tersebut berjalan dengan jayanya. Diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMKFN. Jasamu tetap dikenang.  Semoga TENSES terus GEMILANG...!! !

MEMACU KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2012

APLIKASI WEB : PREZi

Prezi.com Prezi merupakan aplikasi persembahan berasaskan web yang menggunakan  layout  peta dan  zooming .  Prezi  digunakan untuk menghasilkan slide presentation secara atas talian. menggunakan Prezi sama seperti menggunakan power point tetapi beza antara Prezi dan power point disini adalah Prezi digunakan secara  online manakala power point secara offline. Namun begitu, slide presentation yang dihasilkan pada Prezi boleh dipersembahakan ke bentuk offline dimana ia perlu dieksport kebentuk portable terlebih dahulu.  Prezi mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dan canggih. Persembahan Prezi bukannya melalui slaid tetapi ianya dibina melalui kanvas. Melalui Prezi, ia bagaikan memberi nafas baru kepada persembahan dimana ia mengintegrasikan pelbagai efek dan animasi, serta menyokong fungsi  zoom  yang ada padanya. Ianya membolehkan sesuatu persembahan menjadi lebih menarik dan mendapat tumpuan ramai.  Prezi juga boleh digunakan seba...

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2012 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

Majlis Pemimpin Pengakap [MPP] SMK Felda Neram telah menghantar pasukan kawad kaki di Pertandingan Kawad Kaki 2012 Peringkat Sekolah Daerah Kemaman. Pertandingan yang berlangsung di SMK Sultan Ismail berjalan dengan lancar pada 28 April 2012. Tahniah kepada pasukan Pengakap SMK Felda Neram yang mendapat Naib Johan Kategori NGO Lelaki Sekolah Menengah.