Prezi.com
Prezi merupakan aplikasi persembahan berasaskan web yang menggunakan layout peta dan zooming.
Prezi digunakan untuk menghasilkan slide presentation secara atas talian. menggunakan Prezi sama seperti menggunakan power point tetapi beza antara Prezi dan power point disini adalah Prezi digunakan secara online manakala power point secara offline. Namun begitu, slide presentation yang dihasilkan pada Prezi boleh dipersembahakan ke bentuk offline dimana ia perlu dieksport kebentuk portable terlebih dahulu. Prezi mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dan canggih. Persembahan Prezi bukannya melalui slaid tetapi ianya dibina melalui kanvas. Melalui Prezi, ia bagaikan memberi nafas baru kepada persembahan dimana ia mengintegrasikan pelbagai efek dan animasi, serta menyokong fungsi zoom yang ada padanya. Ianya membolehkan sesuatu persembahan menjadi lebih menarik dan mendapat tumpuan ramai. Prezi juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengeksplorasi dan berkongsi idea di atas kanvas maya.