Skip to main content

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2012






Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada 30 Ogos 2012, pihak SMK Felda Neram telah mengadakan 2 program secara serentak iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikenali sebagai Sambutan MerdekaRaya 2012. Program yang meriah dimulakan dengan bacaan yassin dan doa bagi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Selepas bacaan yassin, program diteruskan ucapan daripada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mazlan Ahmad dan diikuti majlis perasmian program oleh Yang Dipertua PIBG SMKFN Tuan Haji Che Ali. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar yang sangat meriah dan diikuti nyanyian bersama lagu-lagu patriotik. Sambutan Kemerdekaan tamat kira-kira jam 11.30 pagi dan semua warga SMK Felda Neram berkumpul di kantin sekolah bagi acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Secara keseluruhan, majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya dan amat meriah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga TENSES terus GEMILANG...!!!

Popular posts from this blog

SEJARAH SMKFN

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Kemaman terletak kira-kira 63 km daripada bandar Chukai, Kemaman dan merupakan sekolah menengah yang ke-12 di daerah Kemaman.Sekolah yang dibina atas lot tanah seluas 8 hektar ini asalnya adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka Blok 14, Felda Neram Satu. Rancangan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Neram seringkali tertangguh kerana ketiadaan kawasan yang strategick. Setelah kawasan dikenalpasti, masalah lain pula timbul kerana kawasan tersebut adalah kawasan ladang sawit milik dua orang peneroka. Akhirnya, demi kepentingan semua pihak, En Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Abas oleh masyarakat di sini beserta seorang balu iaitu Pn. Esah bt Merah telah menyerahkan ladang mereka untuk dibangunkan sebuah sekolah menengah. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 2002 dan kumpulan pelajar pertama SMK Felda Neram seramai 345 orang telah memulakan persekolahan pada 16 Jun 2002. Pada tahun pertama, seramai 22

Majlis Sambutan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga TENSES. Pada 8 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad, warga TENSES bertuah didatangi Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir. Kedatangan tuan berdua bagi menyambut kehadiran Pengetua, Pn. Wan Naaimah Binti Wan Zainal Abidin yang baru dilantik menjadi pengetua di SMK Felda Neram. Ucapan tahniah dan gembira daripada pihak TENSES dengan kehadiran Puan Pengetua. Semoga memberi kekuatan kepada semua warga TENSES bagi mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. UNTUK mengetahui segala makluman dan informasi mengenai aktiviti SMK Felda Neram, sila sertai Channel Telegram TENSES [TEA2030] melalui link http://telegram.me/smkfeldaneram [UNIT SERANTA DAN DOKUMENTASI TENSES]

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD KEMAMAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kontigen SMK Felda Neram telah dihantar bagi menyahut cabaran di temasya Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Kemaman. Kejohanan tersebut berlangsung di SMK Sultan Ismail, Kemaman pada 17 hingga 20 Mac 2013 telah menyaksikan kontigen SMK Felda Neram mendapat 2 Emas, 1 Perak dan 6 Gangga. Pencapaian tersebut merupakan pencapaian yang terbaik sepanjang 5 tahun. Tahniah kepada semua pelajar yang bersungguh-sungguh sepanjang menjalani latihan sehingga ke kejohanan. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan SMK Felda Neram mendapat pingat. Semoga TENSES terus GEMILANG! Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, sila layari  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.564063316957974.1073741830.298949840135991&type=1