Skip to main content

Posts

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Pada 7 Mac 2012, SMK Felda Neram berjaya menjalankan satu program diperingkat sekolah iaitu Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis perasmian dan penyerahan watikah dilaksanakan oleh Sarjan Amran Bin Malik, Pegawai IPD Kemaman.

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT ZON 1 2012

Pada 28 Februari di Padang SMKFN telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon 1 Kemaman. Sebanyak 7 buah sekolah mengambil bahagian. Pasukan Bola Baling P 18 SMKFN telah menjuarai peringkat Zon 1 dan Pasukan Bola Baling L 18 SMKFN mendapat tempat ke 3. Tahniah!!! Untuk melihat lebih gambar sepanjang perlawanan berlangsung...Bolehlah ke Facebook SMKFN =)

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012 kali ke 9 telah diadakan pada 26 Februari 2012  bermula pada jam 2.30 petang DAN telah dirasmikan oleh Pengurus Pembangunan Insan Dan Pendidikan, KETENGAH, Y.Bhg Encik Che Mohd Amran Bin Yaacob. 

SEMINAR KEIBUBAPAAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 1433h peringkat SMK Felda Neram telah disambut pada 16 Februari 2012 iaitu pada hari khamis...Untuk gambar yang lebih menarik bolehlah ke Facebook SMK Felda Neram =D

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD KEMAMAN 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kemaman ini telah berlangsung pada 14 dan 15 Februari di Dewan Terbuka SMK Chukai Kemaman.SMK Felda Neram telah menghantar pasukan sepaka takraw yang mewakili 2 kategori iaitu L15 dan L18...

PROGRAM MOTIVASI SAINS

Program Motivasi Sains ini telah diadakan di Dewan SMK Felda Neram pada 12 Februari 2012 ... Untuk lebih banyak gambar bolehlah ke Facebook SMKFN =D